|
BANTUAN PERSEKOLAHAN. Tuesday, January 29, 2013| 2:48 PM |
![]()
Apa kabar ibu-bapa diluar sana? Anak2 dah kesekolah pon pada waktu2 begini.Yang sesi petang dah bangun? 0wh...pi joging eh? Great!
Sis nak tanya,
dah ambil ke Bantuan Persekolahan untuk anak? Sis dah ambil pada 22 Jan yang lepas dan selamat mengorbankannya suda...hehe.Bantuan ni untuk semua kan,pada yang berkemampuan tuh terpulang lah samada nak terima atau tak.Tapi sis tengok ejekutif pon datang gak memeriahkan suasana,bukannya apa deme nak juga merasa duet kerajaan...tak gitu? yeah3.
Bantuan sebanyak RM100 setiap seorang anak yang bersekolah amat besar maknanya bagi yang berpendatan rendah dan sederhana.Apatah lagi jika anak yang bersekolah itu ramai.
Pada hari tu,sis kesekolah bersama seorang kawan.Oleh kerana urusan di sekolah menengah dan rendah pada hari yang sama,kami pergi ke sekolah menengah dulu sebab masa untuk berurusan waktu pagi dari jam 11:00 pagi - 2:30 petang.Kami tiba +- jam 1++,ibu-bapa dah tak ramai jadi urusan mengambil masa yang singkat.
Sis belum pernah ke sekolah menengah tempat anak sulong sis belajar,semasa sesi pendaftaran awal tahun sis ke sekolah rendah untuk daftarkan anak yang kedua sementara hubby daftarkan anak yang sulong.So...kali ni sis berpeluang meninjau persekitaran sekolah tempat abangnya belajar.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pelangi Indah diberi nama,memang indah...thumbs up! Terletak diatas kawasan yang agak tinggi.Hari2 jalan kaki pusing sekolah nih gerenti buleh slim Tanjung malim.(pic lain kali la ea,tak bawak kamera.guna henfon x best,pixel kecik).Dan....guru2nya,comels & machos belaka + mudas....ehemp! Guru lelaki yang bertugas tak banyak,yang banyak guru femfuan.
Sis tak perlu ambil angka giliran sebab bilik tempat mengambil sampul berwang dah lengang,syukran.Meja disusun rapi dan didepan meja ditampal dengan nama kelas murid2.Semasa sis duduk kat meja tu,sis terperasaan ada cikgi kat sebelah dok bisik2 lalu tersenyum.
Hahha...mak dah mula perassan...musti dia kata yang aku comey ke,manizs ke.Ahaaa...tak pon cikgi tu kata,'cutting baek punyerrr'.Astakona,asfiranza....udah2 ler sis ema weyyy...Bawak2 ler ngucap.Entah2 diorang terferasan yang zip seluar awak tervukak! 0PPPS,0H NAHEE!!!....
"Puan sain kat sini ye" .Lamunan terhenti.
Dah siap sain cikgi hulurkan sampul warna putih...ehh,teman nengok berita kat tb kale biru gelap.Sampulnye dah abes kot.Apa2 pon "Terimakaseh brokoli,tahun depan nak lagi".
Selesai suda satu urusan,kami kesekolah rendah pula.Jaraknya tak jauh sangat,+- 10 minit drive jika x sesak.Jam baru pukul 1:40 ptg.Majlis bermula jam 2:00 ptg jadi kami relax kat dalam kereta sekejap.Bila ibu-bapa dah ramai datang,kami pon ikut masuk ke dalam kawasan sekolah.Tiba di pintu masuk dewan kami nampak banyak kotak air mineral.Kami tertanya2 untuk apa?
Sampai je kat dalam dewan,wahhh...lain macam ler.Ada banner kat atas pentas,YB nak turun.Alaa...macam yang tunjuk kat dalam tb tuh...happenin yo! Ada bangku disusun penuh dewan.Rupa2nya ramai ibu-bapa yang sudah setia menanti.Bangku di bahagian depan banyak yang kosong,kami duduklah kat situ.Baru je letak montot,ada cikgu naik pentas wat 'announce'."Perhatian,ibu-bapa murid tahun 1-2 Mutiara sila buat pendaftaran dahulu ye,kemudian duduk dihadapan.Dikiri tahun 1 dan dikanan tahun 2".Haaa...nak ambil sampul kena naik pentas ler pulak!
Tapi bila dengar diorang soksek2,yang lain ambil kat kelas anak masing2 selepas majlis tamat.000...begitu,malas ler nak gerak carik tempat duduk lain,duduk ajelah kat situ lagipon orang dah penuh dewan.Lama jugak menunggu,akhirnya tibalah YB ADUN Puteri Wangsa.Lama majlis berlangsumg,YB sempat berkempen.Tiba sesi posing beramai2 bersama YB,ibu-bapa dah x sabar menunggu.Mereka mula menyerbu ke kelas anak masing2 secara berjemaah! Sebenarnya majlis bersurai selepas acara penyampaian cenderahati kepada YB.Sis pon tak tau tinggal berapa orang kat dewan tuh sebab kawan sis ajak beredar dari situ.Agak memalukan dengan insiden sebegini,sepatutnya kita perlu tunggu hingga selesai sesuatu majlis.Sis ini berdisiplin orangnya (cewahhh,naik escelator jap) tapi disebabkan kita datang tumpang kawan,ikut je lah.... Memandangkan majoriti ibu-bapa dah meninggalkan dewan maka cikgu terpaksalah membuat pengumuman menggunakan mikrofon dari dataran ground floor."Ibu-bapa yang sudah selesai mengambil sumbangan sila dapatkan sedikit juadah dari pihak sekolah di bahagian depan pintu dewan,terimakasih".Oh terharunya...dah dapat sumbangan dapat buah tangan pula! Terimakaseh cikgu. Mencari kelas bukan mudah juga,tinjau2 pusin2 sampai ler ke tingkat 3.Kena ambil angka giliran,kena tunggu lama2...Its okay,sis ni penyabar orangnya (naik lif ler pulak!).Sambil menunggu,sis bertegur sapa dengan ibu2 dikiri kanan sis.Sambil tu curik2 pandang kat guru kelas anak sis.Heppp...cikgu fomfuan okies.Sis tengok makin lama cikgu Azizah nih makin comey,apa rahsianya yek,malu ai nak tanya...heehee.Tiba giliran sis,belum sempat perkenalkan diri cikgi dah meneka "ni ibu Wan Amiza kan?". Tepat sekali! Mungkin disebabkan dah banyak kali jumpa masa hari terbuka,cikgu pon kenal.Tahun lepas cikgu Azizah jadi guru kelas abangnya. Tahun ni jadik guru kelas adiknya.Dah sain nama kat borang,lalu sumbangan diterima.Sampul biru macam dalam berita kat dalam tb tuuu...Pada sampul tertera 'Pemberian Kerajaan Persekutuan' Ni yang buat sis musykil nih.Apakah??? Hehe...sampul putih mungkin juga disebabkan Pengetuanya bukan dari parti yang memerintah kerajaan tu pesal sampul biru x dipergunakan atau beliau xde parti macam sis...0PPPS lagi 1 kali! Be positif wokeh,bantuan ni untuk semua dari PM untuk rakyat tak mengira kaum,bangsa,agama dan parti terutamanya.Dan sis ada sebab tertentu kenapa dah masuk tahap senior masih lagi dok 'atas pagar'. Apa sebabnye ea? Lain kali lah story,banyak lagi keje menanti.Penat mengetuk keyboard.Cehhh...alasan nak mengelak...hehehe. ADIOS,have a pleasant day ahead yea. Labels: bantuan persekolahan ©:sis*ema |