|
PERGI TAK KEMBALI. Monday, January 14, 2013| 10:09 AM |
![]() Setiap insan pasti merasa,saat perpisahan terakhir... Semalam (13/1/2013,1 Rabiul Awal 1434H) aku terima panggilan telefon dari sepupuku di Perak,menyampaikan kabar duka bahawa ibu saudaraku (Mak Ngah,adik ayahku) telah pergi buat selamanya.Innalillahiwainnailaihiroji'un. Katanya,dia cuba menghubungi ayahku dan Pak Lang (adik ayah) tapi gagal dan dia juga tak ada nombor2 telefon anak2 Pak Lang.Aku sendiri tak ada 'air time' untuk menghubungi abah.Aku janji akan memberitahu abah melalui adikku.Lalu tanpa berlengah dalam keadaan tak tentu arah aku segera hidupkan komputer.Aku login facebook dan hantar mesej kepada adikku.Mujur pada masa tu adik online. Selesai sudah satu tanggungjawab.Alhamdulillah. Ingin sekali aku kesana untuk menatap wajah Mak Ngah buat kali terakhir,namun apakandaya situasi tidak mengizinkan.Bukannya aku berada diseberang lautan,cuma di selatan tanahair je tapi disebabkan faktor2 tertentu,aku tidak dapat melaksanakannya. Terbayang wajah Mak Ngah yang ceria,tutur katanya amat menyenangkan sesiapa yang mendengarnya.Tegurannya pada satu2 kesilapan yang dilakukan tidak pernah membuat aku terasa hati.Tegurannya tegas,penuh ikhlas dan kasih sayang.Almarhumah adalah antara ibu saudara/wanita yang aku hormati dan kasihi. Terimbas kembali sewaktu kanak2 dan remaja, aku sering kerumah Mak Ngah dan bermalam disana.Bukan setakat sehari semalam malah berhari bermalam!Walaupon kedudukan rumahnya agak jauh dari tempat tinggal kami dan perlu menaiki pengangkutan awam itu tak menjadi halangan. Tetapi setelah aku berhijrah ke selatan tanahair,aku tak lagi berpeluang menziarahi Mak Ngah sekerap dulu dik kerana kekangan masa.Apatah lagi selepas berumahtangga,pulang kekampung menyambut Hari Raya bergilir2 dengan kampung suamiku.Masa tu lah kami sekeluarga ke rumah Mak Ngah bersama abah. Tahun demi tahun kesihatan Mak Ngah semakin merosot.Kali terakhir aku bertemu Mak Ngah pada raya 2011,2012 aku beraya di Pahang dan tahun ni giliran di Perak tapi.......Mak Ngah dah tiada.... Pagi yang hening seakan mengerti akan perasaan yang pilu ini. Hanya doa dan airmata mengiringi pemergiannya,semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan roh orang2 yang beriman...Amin. Bila orang2 yang kita sayang satu persatu pergi meninggalkan kita,terasa waktu kita semakin hampir untuk bertemu denganNYA.Entah esok lusa atau sebentar lagi. Marilah kita penuhi sedikit masa yang terluang ini dengan amalan2 yang diredhaiNYA.Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dariNYA. Maaf zahir & batin jika ada salah & silap. Labels: alam barzakh ©:sis*ema |