
|
|
JOM MANDI. Monday, January 7, 2013| 1:46 PM |
►0 c0mmentsAssalam to all.Nak tanya sikit,bagaimana cara anda mandi?Main jirus aje ea atau terus tirup dalam bath tub/swimming pool?Pernah dengar tak tentang "mandi songsang"? Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu mandi songsang? Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri. Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut . Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impakm yang buruk kepada sistem pertahanan bandan Jadi , apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.) KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (IN SYA ALLAH) Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH. Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.. Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak. Melancarkan perjalanan darah. Menjadikan pengamal semakin pintar Meninggikan daya ingatan Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala Menjadikan state mood yang tenang dan ceria Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat Memiliki daya ketahanan mental Menambahkan semangat berani Menguatkan gusi dan gigi So...apalagi...jom kita songsang2kan mandi. (nota d ujung laman:pinjam artikel nih dari blogammar.com) Labels: adab mandi ©:sis*ema Coretan suka-suki tentang MIMPI. Saturday, July 23, 2011| 2:39 PM |
Jika bermimpi melihat air samaada air laut,air sungai,air terjun atau air kopi dan sebagainya bermakna kita akan menghadapi kesukaran.Akan tetapi jika kita bermimpi mengharungi air tak kiralah apa bentuk rupa air tu hatta air horlick sarbat sekalipun,ianya membawa maksud kita akan berdepan dengan kesenangan aka kemudahan.Dalam erti kata lain "rezeki". ►0 c0mmentsHRMMM...next, Malam Jumaat yang lepas,2 hari yg lepas aku mimpi berenang kat dalam air sungai.Sungai besssar lagi.Kisah bermula dimana aku kena tangkap tanpa diketahui apa punca dan asbab lalu dihumban kedalam lokap...adehhh.Penghuni lokap terdiri dari mereka yang baik2 belaka,keturunannya,pekerjaannya,tingkah -lakunya...(hehe...sepatah ayat pon tak keluar dari molot aku apatah lagi nak interbiu diorang...ehe)...dari kacamata dan pandangan mata hati aku la... HRMMM...next, Nak dijadikan cerita,aku bercadang nak memboloskan diri dari tahanan itu.Oh ya,lupa nak beritau yang lokasi tahanan itu berhampiran dengan sumber air yaitu sungai yang amat besar dan luas tapi bukan laut ya.Maka aku mula mencabut salah satu dinding papan lokap yang dah goyang...(erkkk dinding papan???...hahaa,aku tak rasa macam duduk dalam lokap sebenarnya.Rupa lokap tuh macam rumah panjang kat Sarawak nun.Jadi aku anggap yang aku ini "tetamu kehormat rumah panjang...ekekekkk). HRMMM...next, (ishhh...next,next...dah macam nengok slide pulak...heee) Apabila dinding lokap dah berjaya dicabut...apalagi...aku pon terjun ler ke dalam "sungai mimpi" tu.Rupa2nya aku ada follower(walaupon kat blogspot 1 follower pon aku takde),maka ramailah tahanan yang ikut aku terjun cam pilem 'taitenik'...u jump i jump!...uhuhuhhh...teringat zaman cintan cinton pulok. Akan tetapi,masih ada tahanan yang hanya menjadi pemerhati aje.Mungkin diorang tak pandai berenang kot.Tu laa...sombong...aku buat kelas berenang tak nak join,free hape...(tipu je ni). Woohoo...best bebenor berenang gaya bebas...dalam ramai2 tahanan yang melarikan diri,ada jugak yang lemas.Serta merta aku bertukar jadik "wonder m0men aka super m0m".Aku tarik mangsa lemas ketepi sungai dimana kemudiannya aku dah lupa apa yang berlaku selepas itu...hehehe....maaf yer,maaf kan aaaku... (cer nyanyi sket lagu P.Ramlee nih). Ahaaa...apa pula mimpi kalians? Minggu lepas,bulan lepas,tahun lepas yang rasa cam thrill ngebest gitiewww!...meh ler sharing... 0wh...sedang memikirkan apa "REZEKI" yang Allah nak beri pada aku kali ni...terima aje lah.. Aku ada hantar poskad hari kejadian untuk P.M. sebanyak 3 design dan 1 mesej berupa "poem"...manalah tau "REZEKI" kannn... - Sempena hari lahir yang ke-58 P.M. kita pada hari ini 23 Julai 2011,kesempatan diambil mengucapkan "Selamat Hari Lahir buat Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak,semoga setiap langkah,denyut nadi dan nafasmu sentiasa dilindungi dan diberkatiNYA...Amen"- (C.wan sedang berenang bersama Adam sementara C.ema jadik tukang amek gambor aje pd 10/7/2011) Labels: mimpi ©:sis*ema |