
|
|
Coretan suka-suki tentang MIMPI. Saturday, July 23, 2011| 2:39 PM |
Jika bermimpi melihat air samaada air laut,air sungai,air terjun atau air kopi dan sebagainya bermakna kita akan menghadapi kesukaran.Akan tetapi jika kita bermimpi mengharungi air tak kiralah apa bentuk rupa air tu hatta air horlick sarbat sekalipun,ianya membawa maksud kita akan berdepan dengan kesenangan aka kemudahan.Dalam erti kata lain "rezeki". ►0 c0mmentsHRMMM...next, Malam Jumaat yang lepas,2 hari yg lepas aku mimpi berenang kat dalam air sungai.Sungai besssar lagi.Kisah bermula dimana aku kena tangkap tanpa diketahui apa punca dan asbab lalu dihumban kedalam lokap...adehhh.Penghuni lokap terdiri dari mereka yang baik2 belaka,keturunannya,pekerjaannya,tingkah -lakunya...(hehe...sepatah ayat pon tak keluar dari molot aku apatah lagi nak interbiu diorang...ehe)...dari kacamata dan pandangan mata hati aku la... HRMMM...next, Nak dijadikan cerita,aku bercadang nak memboloskan diri dari tahanan itu.Oh ya,lupa nak beritau yang lokasi tahanan itu berhampiran dengan sumber air yaitu sungai yang amat besar dan luas tapi bukan laut ya.Maka aku mula mencabut salah satu dinding papan lokap yang dah goyang...(erkkk dinding papan???...hahaa,aku tak rasa macam duduk dalam lokap sebenarnya.Rupa lokap tuh macam rumah panjang kat Sarawak nun.Jadi aku anggap yang aku ini "tetamu kehormat rumah panjang...ekekekkk). HRMMM...next, (ishhh...next,next...dah macam nengok slide pulak...heee) Apabila dinding lokap dah berjaya dicabut...apalagi...aku pon terjun ler ke dalam "sungai mimpi" tu.Rupa2nya aku ada follower(walaupon kat blogspot 1 follower pon aku takde),maka ramailah tahanan yang ikut aku terjun cam pilem 'taitenik'...u jump i jump!...uhuhuhhh...teringat zaman cintan cinton pulok. Akan tetapi,masih ada tahanan yang hanya menjadi pemerhati aje.Mungkin diorang tak pandai berenang kot.Tu laa...sombong...aku buat kelas berenang tak nak join,free hape...(tipu je ni). Woohoo...best bebenor berenang gaya bebas...dalam ramai2 tahanan yang melarikan diri,ada jugak yang lemas.Serta merta aku bertukar jadik "wonder m0men aka super m0m".Aku tarik mangsa lemas ketepi sungai dimana kemudiannya aku dah lupa apa yang berlaku selepas itu...hehehe....maaf yer,maaf kan aaaku... (cer nyanyi sket lagu P.Ramlee nih). Ahaaa...apa pula mimpi kalians? Minggu lepas,bulan lepas,tahun lepas yang rasa cam thrill ngebest gitiewww!...meh ler sharing... 0wh...sedang memikirkan apa "REZEKI" yang Allah nak beri pada aku kali ni...terima aje lah.. Aku ada hantar poskad hari kejadian untuk P.M. sebanyak 3 design dan 1 mesej berupa "poem"...manalah tau "REZEKI" kannn... - Sempena hari lahir yang ke-58 P.M. kita pada hari ini 23 Julai 2011,kesempatan diambil mengucapkan "Selamat Hari Lahir buat Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak,semoga setiap langkah,denyut nadi dan nafasmu sentiasa dilindungi dan diberkatiNYA...Amen"- (C.wan sedang berenang bersama Adam sementara C.ema jadik tukang amek gambor aje pd 10/7/2011) Labels: mimpi ©:sis*ema Satria Neo (Support Malaysian Products) Monday, March 29, 2010| 4:41 PM |
►2 c0mments![]() Hepp,mesti cakap cantek,produk kita ni.Tak kira lah dia guna teknologi dari mana... .Sebut pasal automotive,apa yang c.ema tau? C.ema tau naek ajer...hehe. Lagi? erm...kereta auto x bape jimat minyak,yang manual jimat sket pasal kita yang banyak keluar tenaga kan. Nak jimat minyak isilah pada waktu malam atau pada cuaca sejuk kerana pada waktu ini molekul2 minyak agak berat,jadi kita untung sket lah. Kalau boleh bawa kereta tu maintain jer,gear 4-5 sesuaikan dengan kelajuan.Kalau gear 1-2,terhegeh2 macam siput memang x dapek nak tolong,memang x jimat. Menurut pakar,setakat ni belum ada "fuel additive" yang diiktiraf sebagai minyak tambahan atau vitamin tambahan yang betul2 menjimatkan samaada perjalanan jauh atau dekat. Lagi?? ermmm...ahA!, Enjin akan mengalami tahap geseran paling maksima pada waktu pagi,sewaktu kita nak menghidupkan enjin.Kerana selepas enjin dimatikan dalam jangkamasa yang agak lama,minyak yang menyaluti permukaan enjin akan turun kebawah,jadi bila enjin dihidupkan maka berlakulah pergeseran yang kuat...Aduh!Luka enjin,kita x nampak,sama gak macam luka dihati...x siapa yang tahu...ehehe.Minyak berkuasa MAGNETIK adalah sangat disarankan. Lagi pasal kereta,sila rujuk pada pakar okey.Ataupon uolls bincang lah sesama sendiri,c.ema surrender! ![]() Semalam c.ema tertengok siaran JOM RONDA2 kat TV3.Hos A.G bersama artis jemputan Azli Senario.Dorang test Satria Neo CPS.C.ema suka kereta satria ni pasal dia nampak sportive.Kira murah ler sket dari sport brand yang lelain tu kan.Dulu pernah pakai satria 1.3 GLI.Pasang SURBO je kasi power n jimat minyak sket.Jadilah satria 1.5 GLI.Plate JFD 851.Sob...sob!!! Kalau sesape terjumpa kereta ni...jangan ler tegur pemandunyer k.Tu bukan c.ema,tu orang laen yang dah beli selepas satria 851 di trade-in ngan kereta laen. Azli kata,kereta Satria ni bukan untuk golongan bujang je.Untuk keluarga pon sesuai gak.Terutama yang ada anak jenis tak buleh duduk diam kat dalam kereta.Kasi dorang duduk kat belakang,settle.Tak de masaalah nak bukak pintu ke,tingkap ke. C.ema kata,tak kira orang bujang ke,berkeluarga ke...asal jer kereta dua pintu ni,leceh ler... Bayangkan,nak masuk kereta,orang yang duduk kat belakang kena masuk dulu,kena angkat seat depan dulu.Nak keluar pon camtu gak.Sekali orang yang duduk kat depan kena keluar,kena angkat seat lagi.hrmmm...x relevan.Ehehe...ngades la pulak.Kalau bagi free x tolakkk! C.ema rasa la kan,kalau la Satria Neo dibuat empat pintu,MESTI ramai orang nak beli...kan,kan,kan? Tapi c.ema tak beli ler coz tak de peruntukan untuk tambah kereta lagi sebijik.....~end~ Berhati2 dijalanraya.Pandu cermat jiwa selamat.Ingatlah orang yang kita sayang. ![]() (ehsan encek gugel) Labels: Auto Industry ©:sis*ema |